Kakakku telah pergi

 Assalamualaikum wbt.

Baru sebentar tadi saya terima khabar berita tentang kakak sepupu saya. She was a breast cancer patient. Tepat jam 1.45 petang beliau meninggalkan kami. Pergi meninggalkan dunia ini. Allahuakbar. 

Arwah kak ani merupakan sepupu saya yang paling rapat. Kami membesar bersama. Semasa arwah belajar di politeknik KK dulu, arwah selalu singgah bermalam di rumah. Tiap kali balik kampung waktu raya, memang akan cari dan sembang sembang dengan arwah. Masakan arwah memang sedap. Selalu masakkan kami macam-macam. Dan kami hantu sushi. Haha. Every time dia outstation ke KK, we met up and confirm pergi sushi king. Her favourite is salmon, matcha ice cream. Wajib selfie tu. Ramai yang cakap muka kami serupa, macam adik beradik. Hehe. And I proud of that sebab arwah lawa dan baik sangat. :)

Actually pagi tadi sepupu2 dekat tawau sudah inform yang kondisi arwah agak kritikal, oxygen drop and kena pakai tiub oxygen tu lah for a while. Then doktor asked to meet her husband and told him she is in critical condition. Mama terus plan mahu fly ke tawau esok, bersama dengan uncle Kamal dan aunty sharifah. I planned wanna go too but later. Tiket flight memang mahal masa ni. I dunno why. 

Tapi apa kan daya. Allah lebih menyayangi arwah. Agak terkilan kerana tak sempat jumpa arwah di penghujung nyawanya. Allahuakbar allahuakbar allahuakbar. Air mata berjurai jatuh sampai tersedu-sedu. It's not easy. Tapi saya percaya inilah yang terbaik untuk kak ani. Biarlah arwah bertenang di sana. Dibebaskan daripada sakit ini, bebas dari kemo, bebas dari transfuse darah berliter2, bebas dari kepayahan bergerak etc. 

I redha. InsyaAllah. 



Innalillahi wainna ilaihi.
Al fatihah. 
Muliani Muhammad.

Time of death: 1.45pm (18 July 2024)

Xoxo,
Ella


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jemput komen entry ini. Baik dan buruk saya terima. TQ :)