Assalamualaikum.
Hi! I am here. posting something again for today. just wanna share about tazkirah or majlis ilmu yang saya attend petang tadi. Ia disampaikan oleh pensyarah UMS, Ustaz Sarip Adol. He talked about kegemilangan Islam dahulu dan kejatuhan Islam sekarang. He related recent issues to Islam such as pembuangan bayi dan penagih dadah yang semakin menular di Malaysia. Surprisingly, Sabah got the highest value for murtad case. and suprisingly, kaum Melayu adalah kaum yg paling banyak membuang bayi. entah apa mau jadi dengan dunia islam sekarang. I cannot imagine how hard Nabi Muhammad dan para sahabat berdakwah dan meluaskan empayar Islam dahulu di negara-negara termashur seperti Arab, Sepanyol dan Turki. Kita di sini buat apa? hidup senang lenang, makan minum cukup. bila kurang duit dalam ATM, bising. kecoh sana sini. ini nda cukup, itu nda cukup. tidak tahu rasa bersyukur. selfish.
Then, saya terfikir, apa yang telah saya lakukan untuk Islam. ada atau tiada? Wallahualam. saya sendiri pun susah mau menilai diri saya sendiri. yang pasti, sangat sedikit seperti nipisnya kulit bawang. Jangan tanya pasal iman. Aurat tutup or tidak? maybe bertudung, alhamdulillah. tapi bagaimana dengan suara, pergaulan, solat dan sebagainya?
Seperti yang Ustaz Sarip katakan tadi, apa yang paling penting, kita cuba berusaha memperbaiki akhlak kita dan jadikan hari esok lebih baik dari hari ini dan hari ini lebih baik dari esok. Jika tidak, kita tergolong dalam orang-orang yang terpedaya. antara faktor kejatuhan Islam ialah:
- TV
- Fesyen
- Couple
- Music (not all genre)
Ceramah tadi juga berkaitan dengan orang hebat. ada orang yang hebat tapi tidak pandai menggunakan kepandaian dia untuk benda yang betul. which means kalau hebat macam mana pun tapi if dia tidak menggunakannya untuk yg spatutnya pun tetap salah juga. ada juga yang bijak menggunakan kehebatan dan sentiasa humble. Contoh terbaik, AbdulRahman bin Auf. dia seorang yg kaya raya tetapi hidup dengan sederhana dan sanggup membelanjakan semua harta untuk Islam. Kenapa wujudnya manusia yg hebat? Kita semua diberi masa yang sama. 24 Jam. tiada yang dapat lebih dan kurang. so, di mana kita salah? ^^
Kenapa kita hidup di dunia ini? sebab kita ini Khalifah Allah. Khalifah bermaksud pengganti untuk melaksanakan ibadah kepada Allah S.W.T. Allah berikan pelbagai hadiah atau rezeki kepada kita. kenapa harus ingkar dengan perintah ALLAH. Allah adalah Tuhan kita. Pencipta sekalian alam. Bersyukurlah kita masih dipanjangkan umur. Tapi bila kita mati nanti, Allah akan tanya, apa yang telah kita lakukan di Bumi untuk kembangkan Islam? apa usaha yang telah kita lakukan? kalau ada, Alhamdulillah. kalau tiada, mau jawab macamana? Wallauhualam. Ustaz kata, jangan jadi sampah. Tarbiah itu penting. ^^
"Cubalah buat sesuatu untuk Islam. Usrah pun okay juga. Bukannya lama. Top up ilmu. Mengaji."
"Rasa-rasanya hadiri kuliah dan solat 5 waktu cukupkah?"
Mudah-mudahan saya dan anda semua dapat catch up apa yang ustaz Sarip cuba sampaikan. Kalau bukan kita, siapa lagi yang boleh memimpin dunia bersama Islam. Majukan diri sendiri dahulu, keluarga dan InsyaAllah masyarakat dan negara. Semua ini perlukan permulaan. Memang susah tapi apa kerja yang senang dalam dunia ni? TIADA. Semua usaha akan mendapat hasil yang setimpal. InsyaAllah. ♥
Ikhlas dari Els. ♥