Hari ini hari Ahad. Bersamaan dengan 12 Ramadham 1434 Hijrah. Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk bernafas dan bergembira dengan rezeki yang Allah berikan. :') Saja ingin mengisi masa lapang dengan meng-update blog. Banyak hal yang berlaku sejak kebelakangan ini.
Pada Jumaat lepas, saya join program bacaan tahlil untuk arwah Siti Salbiah di sekolah lama saya iaitu SEMAI. I am so happy because finally we did bacaan tahlil for arwah together with friends. Alhamdulillah. Selain itu, kami juga ada menyediakan moreh untuk para pelajar dan guru iaitu bubur jagung dan air ribena. Sangat sedap. Bubur tu disediakan oleh mama Zul sebab kami kekangan masa dan agak susah untuk buat di sekolah. So, hari tu kami berbuka di taman Sidra beramai-ramai. Orang tuaran lah paling banyak membeli. Penuh satu meja. Hehe. Seronok rasanya dapat berbuka bersama teman lama. Great experiences. :')
Bacaan tahlil dijalankan antara maghrib dan isya'. After that, solat isya' dan terawikh. Then, kami bantu dalam pengagihan moreh. Tugas saya ialah memasukkan bubur jagung ke dalam bekas. Jemiah in charge menjadi pembantu setia saya. ;) Oh ya. These are us. :)
Ini lah kami. Ramai lagi actually tapi ada yang datang lambat. :) Gome, odah, Saini, Titin, Ira, Ika, Ara, Siti, Masna, Achik, Jemiah, Zakir, Hafiz, Zulhilmi, Nazrin Ahmad, Nazreen Asreef, Najib, Samri, Hamzi, Johanis dan Fhem. :)
Semasa mengurus moreh, tersangat lah bising, kecoh, sibuk dan sebagainya. Mana datangnya lagi Sharifah, Dila, Cikgu Mat, Ustazah Zaihan, Cikgu Julia, juniors dan macam macam lagi. Sangat meriah lah. :D Apa yang saya dapat lihat, SEMAI banyak berubah. Surau besar ada air cond, banyak kipas, rak baru, langsir baru etc. Bahagia budak sekolah sekarang. Hargailah semua nikmat ini okay. :) Ustaz Naim nampaknya semakin kurus. Maybe banyak kes kot. Hehe. Oppss. ;) Ustaz Hafizy dan Cikgu Mat maintain. Sama macam dulu. Yang sedihnya, kami tidak sempat jumpa teacher Noreeza. :(
Tapi Alhamdulillah. Program berjalan dengan lancar. :') Lambat juga lah kami balik rumah. Almost at 11 p.m. Banyak sangat bercerita. Itulah padahnya. Bapa saya pun bising saya balik lewat. Before balik rumah, kami sempat berbincang tentang organisasi. Setakat ni, kami lantik Zulhilmi sebagai ketua batch kami. Guess what? Saya dilantik sebagai bendahari batch. Rupa saya ni agaknya ada rupa macam budak pandai jaga duit kot. Hehe. Semua keputusan diterima.
Banyak sangat peristiwa best malam tu. I don't know what to say. I am very grateful and thankful for everything. Sangat bahagia. Yang paling penting, saya dapat terima kenyataan. Jawapan yang saya nantikan selama lebih kurang 4 tahun akhirnya terjawab. Syukran ya Allah. Sesungguhnya Engkau Tuhan yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. :') Allah knows the best. For me and everyone.
Open your heart and give love without acquiring anything in return. If he's meant to be yours, God will sent him back to you. If not, just let him go. That is called a happiness.Itu sahaja nukilan untuk hari ini. Sekian. ❤
Love,
Ella B.
