Assalamualaikum. Hi.
Rasa excited mau taip content hari ni because it's all about food. Haha. Ok, lately I rajin scroll TikTok and I love watching #fyp yang berkaitan dengan makanan di Kota Kinabalu since I live there. So, banyaklah video viral tentang restoran itu ini dengan makanan dorang lagi. Semuanya nampak sedap, ya lah kalau sudah di viralkan mestilah sedap dan recommended kan.
There is one food kiosk yang lama sudah saya perhatikan, yang saya paling mau cuba lah food dorang ni iaitu kiosk Kongfu Mee. Ia terletak di Bataras Kolombong, ex Giant dulu. Tempat ni owned by chinese muslim yang sudah lama menetap di Sabah. Dorang buat homemade mi okay. Mi tarik dorang buat sendiri. Alhamdulillah, hari ni saya berpeluang untuk ke sana dan mencuba dua hidangan iaitu:
Fried mushroom with ramen (chicken)
Ini memang super duper sedap. I'm telling you mi dia kenyal, ayam pun juicy, banyak sayur, ada pedas2 sikit, cukup rasa. Fuhh. Puas hati oh. I actually kena rushing masa tu mau balik since today is jumaat tapi lepas rasa mi dia terus mau stay ja sampai habis makan. Hehe. Tidak rugi guys. ^^
My second dish is:
Fried prawn dumpling (with chilli oil)
Dumpling ni pun antara yang viral di TikTok. Super yummy and juicy and isi dia banyak! =) Puas hati bila kau rasa udang fresh dlm dumpling tu. Ini saya take away sebab kenyang after makan mi tadi. Yang ni harganya RM 7 kalau tidak silap. For me consider murah sebab tadi saya bayar jumlahnya RM 17 sahaja for these 2 dishes.
Highly recommended. Next time I would like to try chicken soup ramen and dumpling soup. Uuuhh cannot wait! ^^
Lately, I suka beli minuman yang berbeza flavor because I nak try something new and something that can surprise me. So I ada beli yang ni:
I've tried ice blended pure matcha, pure choco, homemade lemon tea, refreshing lemonade, iced caramel pure chocolate, summer mojito etc. All are so good but my fav choice right now is iced caramel pure chocolate. It's full of flavor but less sweet, which I like.
Oh ya. Last Wednesday I made tuna wrap for the first time. I used tuna chunks in mineral water, low sodium content, low calorie and no salt added. Resepi ini pun saya belajar dari TikTok.
Sedap sangat! Itu tuna saya masak atas kuali bersama bawang holland, black pepper sikit dan chili flakes untuk kasi pedas2 sikit. Letak lettuce or any sayur untuk kenyang lebih lama. Tomato pun boleh juga add on. Plus I letak mayonis 1 sudu shj. Jangan letak banyak sangat sos kerana high calorie dan tinggi kandungan garam. Yang ada hypertension macam saya mohon jaga jaga ya. Hee.
Ok I think setakat ini sahaja untuk hari ni. Aduh masih terasa rasa mi kenyal ramen tadi tau. Haha. Bye.
Alhamdulillah for everything. ^^
Love,
Ellatron.