Salam ceria dan selamat petang kawan2 and bloggers!! actually tiada mood mau post dalam blog ni tapi saya nak bagitau jugak perasaan sakit yang melampau-lampau saat ini. HUHU! pada hari khamis yg lepas, saya jumpa dentist untuk cabut gigi. gigi geraham saya berlubang. saya memang bertekad walau sakit macamana pun saya mesti cabut juga. first2 mmg saya agak gementar tapi okay juga. time cabut gigi tak berapa sakit. tapi after doktor gigi tu cabut gigi saya, dia letak kapas, memang SANGAT SANGAT SAKIT! arggghhhh!!! HUHU :'(
Saya menangis after keluar dari bilik rawatan gigi tu. nasib baik ada Midya yg cuba menenangkan saya time tu. saya cuba tahan kesakitan itu tapi memang kena nangis juga sebab terlalu sakit. then, sementara menunggu driver datang, Midya ajak saya makan AISKRIM untuk mengurangkan beeding terlalu banyak. mula-mula saya kurang pasti juga dgn cara dia tapi saya ikut juga dan Alhamdulillah cara tu agak berkesan. sakit pun ada kurang sikit berbanding yang awal tadi. after masuk dalam kereta, sakit tu datang balik dan saya menangis lagi. especially bila ubat bius tu dah hilang. perghhh!!! :'(
Kami pun balik ke hostel. sampai ja di bilik saya, saya terus demam dan rasa macam mau pengsan. memang totally lemah laa. gusi tu asyik berdenyut semacam. fuhh! tak tahu pula kalau orang lain yg kena cabut gigi mengalami peristiwa macam saya ni atau tidak. hehe. pokoknya, memang lemah dan terus tidur. after bangun dari tidur,kawan2 buatkan saya bubur dan paksa saya makan. seriously, after cabut gigi, selera makan totally OUT! no appetite at all. then, saya makan juga la untuk elakkan gastrik tapi hanya 3 suap. saya tak mampu utk kunyah lagi. lepas tu saya terus tertidur. everytime rasa sakit mesti mau tidur. itu lah satu2nya cara utk hilgkan rasa sakit.
Malam tu Alhamdulillah beransur pulih. tapi before tidur sakit tu datang kembali dan masalah susah tidur pula datang. fuuhhh! memang banyak cobaan. semalam saya berSMS dengan cikgu Mieza. dia nasihat suruh kumur2 guna air garam. Alhamdulillah! tips ini sangat berguna kerana sekarang kesakitan itu kurang dan semakin berkurangan. :) Ni ada beberapa tips after cabut gigi yg aku dapat dari Akak Kopi.
Kesimpulannya, jagalah gigi anda dengan baik. rasa rugi tau bila hilang walaupun satu gigi. kesakitan tu lagi la tak payah cakap. konfirm sakit. bagi perempuan, sakit cabut gigi ni macam senggugut. HEHE. itu ja la yang saya boleh gambarkan kesakitan yg saya alami. =)
P/s: tolong doakan saya cepat sembuh. tak tahan hidup dalam kesakitan begini. :'(