Resepi Jeruk Bambangan

Assalamualaikum.

Hi! Short post for today. Tadi saya baru sahaja makan jeruk bambangan. Sangat lah sedap. sehingga menjilat jari. hehe. Well, apa yang saya mau highlight di sini ialah buah Bambangan. Orang Sabah confirm pernah makan buah ni. Buah ni banyak ditanam di Sabah dan segelintitr kaum Iban di Sarawak pun makan juga. Maybe di semenanjung ada kot tapi nama lain. :)

ni lah dia buah bambangan. ^^

So, hari ni saya ingin perkenalkan resepi jeruk bambangan. Di Sabah, Kundasang adalah tempat yang paling banyak jual jeruk ni. murah ja bah. ^^

Bahan-bahan:
5 biji buah bambangan (bacang) masak
2 biji bambangan
Garam secukup rasa
50 gm cili merah
20 gm cili padi
Cara-caranya:
Buah bambangan dibuang kulit. Ambil isinya sahaja. Potong memanjang berukuran setengah inci. Belah biji bambangan dan ambil isinya. Parut kasar-kasar. Cili merah dibelah dua. Gaul semua bahan-bahan dan kacau hingga sebati. Simpan di dalam botol kedap udara selama seminggu sebelum boleh dimakan. 


hasil jeruk bambangan. 

Resepi ni ada melibatkan 'fermentation process' sebab jeruk kan. Biasanya saya akan makan begitu sahaja dan kadang-kadang makan dengan nasi. Super duper sedap. just wanna tell you that this jeruk memang bikin ketagih dan menjadi kesukaan kami di Sabah. ^^

Itu sahaja. Thank you! ^^