Oh my jantung

 Assalamualaikum wbt 

Hi. Selamat berhujung minggu. Lama tidak menulis. Well actually banyak benda jadi these past weeks. 

Masa tahun baru cina hari tu, specifically on 24th January 2023 I was admitted to Emergency room at HQE 2 for having palpitation, sesak nafas, sakit dada and not be able to sleep like a few days already. Bila tidak tahan, memang grab semua yang berkaitan seperti discharge notes, senarai ubatan etc. and bring my mother to ER. 

Sampai sana doktor scan jantung and mendapati di sekeliling jantung saya ada air, lebih kurang 3cm. Masyaallah. Saya pun agak terkejut dan berfikir. Bingung mcm mana boleh jadi begini. Keadaan saya itu dipanggil sebagai pericardial effusion. Masa tu apa yang saya mahukan agar cepat hilangkan rasa sakit dada. Masa ni, memang tidak boleh menguap, bersin, kepala ke kiri ke kanan sebab semuanya akan menyebabkan sakit dada. Huhu. Even selera makan pun tarak. 

So, doktor pindahkan saya ke wad general after berkampung di ER 3 hari. Hehe. Di sana, doktor pakar mahu buat satu small procedure untuk keluarkan air dari jantung tu. I was like, ketakutan juga sebab banyak risiko. I don't want to die! Huhu. Tapi bila fikir2 dan bincang dengan parents, I said okay. 

Don't wanna talk about the procedure. Memang sakit dan ngilu sampai malam. Nasib ada ubat tahan sakit. It wasn't easy. But I did it. 

Selain daripada itu, doktor juga ambil sampel air tersebut utk diujikaji di makmal. Mereka syak ada TB tapi still not sure. So sampel air, darah dan kahak diperlukan. 

Then, I dipindahkan ke wad General Extension Ward (GEW), kalau tidak silap itu nama wad tu. Hee. Di tingkat 3. Wad ni untuk pesakit yang kurang kritikal daripada GMW. Wad tu sunyi dan sangat cantik, siap ada deko2. Jauh berbeza drp wad sebelum ni di tingkat 5. Saya di tempatkan di bilik bersama seorang warga emas yang mengalami masalah pundi air kencing. Beliau sangat peramah dan banyak bercerita juga. I actually selesa sangat di bilik tu. Syukur juga dapat transfer sana. =) Esoknya saya pegi Echo untuk scan jantung dengan lebih detail. Pakar scan tu cakap ada something di injap jantung saya dan perlu follow up dengan pakar cardio. Nervous juga sebab sounds serious. Dan perkara ini lah yang membuatkan discharge saya delayed sebab termasuk dlm senarai KIV. Huhu. 

After 2 weeks baru boleh discharged. So happy to hear that masa tu. Hehe. Tapi servis dorang ni, daripada nurse, cleaner, doktor dan semua staff hospital semuanya tip top! Semua layan baik2, makanan sentiasa ada, makan ubat on time, check bp on time etc. Terbaikkkk

Makanan hospital XD

Bff datang melawat bawa lekor haha 



Xoxo ella

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jemput komen entry ini. Baik dan buruk saya terima. TQ :)