Assalamualaikum W.B.T dan selamat Malam!! hari ni saya rajin pula update Blog. hehe. entry kali ni berkaitan dengan Rasulullah S.A.W*jgn lupa Selawat ok? :)
Tadi tepat jam 10.00 malam, saya menonton satu program di TV Alhijrah iaitu 30 Minit Ustaz Don. tajuk yang Ustaz ceritakan tadi adalah berkaitan tentang kewafatan Rasulullah S.A.W. beliau menerangkan kejadian yang berlaku sebelum Baginda Nabi Wafat. Subhanallah! jujur saya merasa malu atas kecetekan ilmu dan tidak mencintai Baginda sepertimana Baginda mencintai umatnya. saya turut menangis bersama Ustaz Don apabila mendengar cerita dari beliau. MasyaAllah. terlalu banyak kesilapan yang telah saya lakukan. malah kadang kala saya membelakangi Sunnah Rasulullah S.A.W. Astagfirullahalazim. di samping itu, ada beberapa kitab yang Ustaz Don syorkan baca untuk mengetahui lebih lanjut tentang Rasulullah iaitu Syami'il Muhammadi. InsyaAllah buku ini lengkap dan dijadikan rujukan para ulama.
Sama-samalah kita muhasabah diri kita. Di mana silapnya, cuba perbetulkan. InsyaAllah. ^^
Laman Sosial Facebook Ustaz Don: HERE

::Klik untuk besarkan IMAGE::
30 Minit Ustaz Don.
P/s: Jgn lupa tengok 30 Minit Ustaz Don. setiap hari pada jam 10.00 malam di Channel 114. :)
::WALLAHUALAM::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jemput komen entry ini. Baik dan buruk saya terima. TQ :)